Sunday, December 12, 2010

Dimaklumkan tempahan untuk CREAM PUFF dibuka semula..terdapat perisa kastad (resepi baru) dan perisa coklat....Terima kasih..

Friday, December 10, 2010

ORDER2


sebelum ni mmg aku dah tutup tempahan untuk cream puff kerana kehabisan stok pembungkusan..tapi memandangkan yg ni tuan order nak letak 30 bj dalam 1 bekas so aku terima la order ni..pasal bekas besar mmg ada...ni order dari staf kolej matrikulasi..thanks k.linda..ni pestime k.linda order..harap berpuas hati dengan cheese tart dan cream puff ni yer..

TEMPAHAN HANTARAN


kali ni tempahan hantaran aku wat tema butterfly..hehe.amacam..bleh tahan la kan...tuan order nak yg simple2 ja..ni la hasilnya..tadaaa..harap berpuas hati ye my prend...thanks for order..

Thursday, December 9, 2010

TEMPAHAN

Dimaklumkan tempahan untuk Cream Puff DITUTUP buat sementara waktu..sekian, terima kasih

Wednesday, December 8, 2010

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Monday, December 6, 2010

KEK BATIK BISKUT MARIE


resepi terjumpa masa skodeng kat blog mat gebu..sedap2..hehee..mintak izin share ye en.mat....ari ni buat untuk juadah en.hubby buka puasa..


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Sunday, December 5, 2010

Cheese Tart




Tempahan lagi untuk 6/12/2010..tima kasih pada yg sudi order...

Friday, December 3, 2010

KEK GULUNG COKLAT


kek ni pes time aku buat..teruja tgk resepi kat blog ovenkecil.blogspot.com/....mintak izin syer resepi yer...kek ni sedap..cuma masa gulung tu x berapa nak menjadi..merekah sana sini..huhuuu...nak resepi rujuk ni yer...




Bahan-bahan 
: 
3 biji telur gred A @ B #
2 oz gula castor #
1/2 tsp baking powder #
1/2 tsp esen vanilla #
1/2 TBSP ovallete #
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 TBSP tepung #
1/2 TBSP susu tepung #
2 oz mentega cair 
1 1/2 TBSP serbuk koko 
butter icing secukupnya 

Kaedah penyediaan : 
1) Masukkan semua bahan bertanda # ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maxima selama    7 – 10 minit or till fluffy.
2) Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag. 
3) Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati. 
4) Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata. Tuang adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. 
5) Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
7) Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat. Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream. Potong dan hidangkan.

Tempahan 4/12/2010


HANTARAN PERKAHWINAN...
kali ni tempahan untuk hantaran kenduri kawen...bekas ni x deco pun pasal tuan punya nak deco sendiri..pa2 pun terima kasih atas tempahan..moga berpuas hati..hehee

Thursday, December 2, 2010

Tempahan 2/12/2010


Tempahan Cream Puff Kastad n Coklat dan Cheese Tat Bluberry yang telah disiapkan..tima kasih pada kawan2 yang sudi order..pukul 12 malam gak la bleh tido..nak cari duit lebih kena la berkorban lebih sikit kan..hehehee..

Resepi ni aku sekodeng kat blog k.ummi..mintak izin share ye ummi..hehe..sedap gak kuih ni rasa lemak2 pasal masuk santan..x rugi cuba..

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis


Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:
  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas.
Bahan C:
  • 1/4 cawan air suam
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

Wednesday, December 1, 2010

Kek Coklat



Yang ni kek saja2 aku buat untuk makan dengan kawan2..dok tingin lama dah nak wat rose ising..akhirnya berjaya jugak walaupun x sesegak mana..nak kena ambik kelas kek nih..hehee...

Kek Besday My Daughter Mohammad Irsyad yang Ke-2


Tah pa2 kek yg aku deko untuk besday hero kecik aku nih..hehee..janji sodap..kek ni dihantar ke tadika irsyad untuk makan2..

Kek Besday Yang Ditempat Kawan Opis..


PUDING KARAMEL



Bahan-bahannya
7 biji telur ayam
1 tin susu cair
9 sudu gula pasir
1 sudu tepung jagung / tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk Gula Hangus
7 sudu gula digoreng hingga kuning di dalam loyang puding nanti

Cara-caranya
1.
Blend semua, jangan lama sgt nanti banyak pulak buihnya.
2. Tuang dalam loyang berisi gula hangus tadi.
3. Kukus sampai masak.
4. Biar sejuk, masukkan dalam peti ais.

Kek kukus ni pestime aku buat..rasa dia mmg meletoppp...kira mmg sedap la..x rugi cuba resepi ni..


KEK KUKUS VELVET

·                     5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
·                     225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
·                     220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
·                     1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
·                     1 sudu besar ovallette
·                     150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
·                     1/2 sudu kecil garam
·                     100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
·                     1 sudu kecil esen vanila
·                     beberapa titis pewarna merah dan hijau
·                     asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
1.            Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
2.            Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.            Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.            Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
5.            Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
6.            Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Puding Marble


Puding ni memang sedap..dah banyak kali buat..resepi dari k.hana, mekasih k.hana sudi kongsi resepi yg mmg sodap nih..hehee..nak resepi rujuk sini yer...

PUDING MARBLE


Bahan-bahan
·                     2 gelas air
·                     1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
·                     2 Gelas susu segar
·                     3 biji kuning telur
·                     3 sudu besar mentega/majerin
·                     1 sudu besar serbuk koko
·                     1 sudu besar tepung kastard
·                     1 gelas gula
Cara-cara
1.                  Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2.             Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3.             Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4.             Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5.             Sendukkan 1 bahagian koko ditengah lpyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

SELAMAT MENCUBA..

Akhirnya....

Alhamdulillah dengan  izin dari-Nya , Blog yang x seberapa berjaya diwujudkan..walaupun aku mmg x reti langsung dalam ilmu blog ni, hasil aku mengodek2 setting blog akhirnya jadilah blog Fie'S Bakery..hehehee
Jom pakat tgk ada apa kat blog ni..masih byk yang perlu di update..

Order