Monday, August 22, 2011

Kek Besday 2 in 1



Order dari Fitri & Shaidah..Tq
kek ni sempena besday Fitri n anaknya..hehe
sambut di bulan puasa yg pebuh Barakah..
Selamat Menjamu Selera

Sunday, August 14, 2011

Biskut Sarang Semut



seronok buat kuih ni
anak2 rajin tlg ibu wat kuih...hehee
yg kakak rajin susun cup yg adik rajin nak tabur coklat rice
abih la besepah dapur, lepas bakar lagi la sakan satu2 masuk mulut...hehehee, resepi ni mmg tiap2 tahun buat cuma x sempat nak snap gambar ja., resepi ambil dari blog k.liza jugak..


Bahan
 :
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan 
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara :
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Almond London


Biskut yang belum di bakar


Tadaa...dah pun siap...hehee..
biskut ni kegemaran my hubby tu yg try buat
resepi di ambil dari blog K.Liza
sedap tau..rugi x cuba..jom tgk resepi

Bahan – bahan :
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan tepung jagung ]
1/2 cawan tepung naik sendiri ] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]

Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya :
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.



Kesedihan seorang isteri...



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
HARGAILAH ISTERI DAN SAYANGI IA BUAT SELAMANYA......

Wednesday, August 10, 2011

Apam Mekar AGAIN



Jeng2..Apam Mekar ni buat masa cuti ritu..untuk bawak ke rumah MIL
nak resepi bleh tgk kat label kuih-muih ye...

Tuesday, August 9, 2011

Cendawan Goreng Ranggup


Tadaaaa...menu untuk berbuka semalam...hehee...habis sepinggan...Alhamdulillah
resepi ni x ingat ambik dari blog mana..sory2..hehee
jom tgk resepi kat bawah


Bahan-bahan :

1 cwn tepung gandum
1 cwn air sejuk (dari peti ais)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung

cara :

campurkan kesemua bahan2 kacau hingga sebati..masukkan cendawan yang telah dibasuh dan dicarik-carikan. Goreng dengan minyak yg betul2 panas..SELAMAT MENCUBA