resepi terjumpa masa skodeng kat blog mat gebu..sedap2..hehee..mintak izin share ye en.mat....ari ni buat untuk juadah en.hubby buka puasa..
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
- Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
- Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment