Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, December 12, 2011


Puding Kasih Bertaut
Order Pertama kali 
dari K.Fiza..Tq

Puding Kasih Bertaut



Cubaan Kali Pertama..emm..Sedappp..hehee
jom tgk resepi.

Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN "A" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
300 ml air
200 ml santan
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
2 - 3 jenis pewarna makanan + perisa (atau tak payah perisa pun sedap)

BAHAN "B" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
1 liter air
100 gram gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

1.     UNTUK AGAR2 SANTAN (A) :- Satukan serbuk agar, gula dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur, guna api sederhana. Sementara tu satukan santan dan telur, kacau rata. Tuang dalam agar2 tadi, kacau rata dan masak hingga mendidih, guna api kecil dan kacau sentiasa. Matikan api, dan bagi kepada 3 bahagain, letak pewarna pilihan serta perisa (kalau suka), kacau rata dan tuang dalam bekas agar2 pelbagai bentuk (jenis comel2). Biar beku, simpan dalam peti sejuk.
2.     UNTUK AGAR2 GULA MERAH :- Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan masak hingga gula merah hancur. Tapis agar2 tadi dan biar suam sedikit.
3.     UNTUK PUDING KASIH BERTAUT :- Sediakan satu acuan agar2 yang agak besar atau boleh guna loyang biasa. Susun agar santan pelbagai warna dan bentuk pada dasar acuan, kalau guna acuan berlubang tengah, pastikan corak agar2 santan menghadap ke dasar acuan. Sendukkan agar2 gula merah tadi sehingga habis. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Boleh hidangkan. Selamat mencuba...

Wednesday, July 27, 2011

Triffle Istimewa Mat Gebu


yang ni pun order dari kawan opis untuk jamuan

Sumber : Mat Gebu

Sedap memang sedap..tapi renyah sikit la nak membuatnya...nak try tgk resepi kat bawah yer..

BAHAN KEK SPONGE 
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN 
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..


Puding Roti Marble


Order dari Kawan Opis Untuk Jamuan Ari ni..

Sumber : K.Liza

Pestime buat puding ni..sedapppp...
nak try tgk resepi kat bawah ni yer...

PUDING ROTI MARBLE

Bahan A

10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

Wednesday, December 1, 2010



PUDING KARAMEL



Bahan-bahannya
7 biji telur ayam
1 tin susu cair
9 sudu gula pasir
1 sudu tepung jagung / tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk Gula Hangus
7 sudu gula digoreng hingga kuning di dalam loyang puding nanti

Cara-caranya
1.
Blend semua, jangan lama sgt nanti banyak pulak buihnya.
2. Tuang dalam loyang berisi gula hangus tadi.
3. Kukus sampai masak.
4. Biar sejuk, masukkan dalam peti ais.

Puding Marble


Puding ni memang sedap..dah banyak kali buat..resepi dari k.hana, mekasih k.hana sudi kongsi resepi yg mmg sodap nih..hehee..nak resepi rujuk sini yer...

PUDING MARBLE


Bahan-bahan
·                     2 gelas air
·                     1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
·                     2 Gelas susu segar
·                     3 biji kuning telur
·                     3 sudu besar mentega/majerin
·                     1 sudu besar serbuk koko
·                     1 sudu besar tepung kastard
·                     1 gelas gula
Cara-cara
1.                  Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2.             Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3.             Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
4.             Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5.             Sendukkan 1 bahagian koko ditengah lpyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

SELAMAT MENCUBA..