Wednesday, April 20, 2011
HARGA TERBARU
Memandangkan harga barang naik dengan mendadak, saya terpaksa menaikkan harga barangan jualan...senarai harga terbaru bleh tgk kat bawah yer...
segala kesulitan amatlah dikesali...hehehe
- CHEESE TART : 12 BIJI = RM14.00
- MARBLE CHEESE CAKE : RM30.00
- KEK KUKUS VELVET : RM24.00
- KEK COKLAT : RM25.00
- KEK MARBLE : RM20.00
- CREAM PUFF : SEBIJI RM0.70
segala kesulitan amatlah dikesali...hehehe
Wednesday, April 6, 2011
Ayam Masak Serai
Resepi dari blog k.liza..dah byk kali buat..baru kali sempat snap gambar...hehee..resepi ni kalu taruk kacang pis dalam tin tu lagi sodap..malas nak beli..hehee...x rugi cuba...
Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
- 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
- 6 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
- Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
- Angkat ayam dan toskan minyaknya
- Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
- Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
- Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
- Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
Tuesday, April 5, 2011
Kek Marble Trio
Order2 lagi..sedap kek ni pasal ada 3 rasa..lembut plak tu..
resepi dari blog Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
- 280 g tepung gandum*
- 1 camca besar susu tepung*
- 1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
- 5 biji telur gred A
- 1 camca besar ovallate
- 250 g gula halus
- 30 g gliserin*
- 20 ml air*(*disatukan)
- 1 1/2 camca teh coklat emulco
- 1 camca teh strawberry emulco
- 1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
- Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.
Kek Besday My Lovely Princess...
Kek Besday My Princess...27.02.2007...yang Ke-4....yang ni ja la Ibu mampu buat..kira ok la kan..hehehee......resepi kek ni bleh tgk kat tajuk kek coklat kukus tu yer...
bukan main seronok dia dapat sambut besday kat taska..cikgu n kawan2 nyanyi lagu besday n tiup lilin..mmg dia hepy sesangat...x berenti cakap thank you ibu..thank you ibu...hehee...terharu plak ibu dengar....
Marble Cheese Cake
yang ni order dari kawan2.......5 bijik cheese kek u kena wat malam tu..n 2 biji kek coklat..fuhhh..pecah rekod...alhamdulillah rezeki..
yang ni lupa plak resepinya..nanti ada masa saya update yer..hehee..sory
Kek Coklat (Kukus)
Tempahan Dari Kawan Opis..Thanks
Resepi ni diciluk dari blog K.Liza , kek ni k.liza buat bakar. tapi daku telah mengubah kepada kukus..hehe..lembut n sedap..hehee...nak resepi tengok kat bawah yer..jom2
Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar
Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.
Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko
1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek dan hias mengikut kretibiti sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)








