Wednesday, April 6, 2011

Ayam Masak Serai



Resepi dari blog k.liza..dah byk kali buat..baru kali sempat snap gambar...hehee..resepi ni kalu taruk kacang pis dalam tin tu lagi sodap..malas nak beli..hehee...x rugi cuba...

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

  • Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
  • Angkat ayam dan toskan minyaknya
  • Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
  • Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
  • Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
  • Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

No comments:

Post a Comment